Kanak-kanak kecil sentiasa melakukan penerokaan di sekelilingnya untuk merangsangkan perkembangan emosi dan meningkatkan fungsi kognitif, meningkatkan motor halus dan motor kasar serta mengalakkan kemahiran interaksi sosial. Oleh itu aktiviti aktiviti yang dijalankan di Taska Vonad telah dirangka bagi menggalakkan kemahiran tersebut.
Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah:
Permainan ekspresif
Pengasuh-pengasuh Taska Vonad membiarkan kanak-kanak bebas mencipta apa sahaja yang bermain di mindanya. Ia seperti gambar-gambar, rekaan-rekaan dan apa sahaja idea yang kanak-kanak itu lakukan. Ia termasuk memberi kebebasan kepada kanak-kanak menconteng, melakar dan melukis serta meneroka and mengeksperimen dangan pelbagai bahan yang taska sediakan. Bagi kanak-kanak 1-2 tahun, contengan kanak-kanak di Taska Vonad di buat di sini dengan menggunakan tangan (hand painting).
Bermain Doh Mainan atau membuat Biskut dan Donut.
Permulaan awal kanak-kanak diberi peluang meramas, menguli, mencucuk dengan jari, menekan dan memicit-micit doh. Di sini kanak-kanak 2 tahun di Taska Vonad di beri doh mainan untuk membuat ……
Kanak-kanak di Taska Vonad juga diberi aktiviti membuat biskut dan donut. Aktiviti ini, secara langsung mendidik kanak-kanak kecil mengenai kerjasama yang positif,
Nyanyian, Muzik dan pergerakan kreatif.
Anak-anak yang masih kecil suka bermain sendiri. Tetapi di Taska Vonad, tenaga pengajar akan menggalakkannya bermain dengan kanak-kanak lain dengan nyanyian, muzik dan pergerakan kreatif. Ia mungkin melibatkan dua atau lebih kanak-kanak untuk bernyanyi bersama-sama. Aktiviti tersebut selalunya berkaitan dengan interaksi dengan kanak-kanak lain.
Permainan Fizikal
Kanak-kanak masih kecil di Taska di bawa bermain di luar Taska untuk nature walk, berkebun, bermain buaian, gelongsor dll untuk menggalakkan kecergasan kanak-kanak tersebut.