Perihal Kami

rainbow
 

Taska Vonad di Blok B, Presint 15-12A Putrajaya telah mula beroperasi sejak awal tahun 2010. Taska ini terletak di sebelah Tadika Vonad di bangunan yang sama. Tadika Vonad pula telah mula beroperasi mulai awal tahun 2011.  Bisnes Taska Vonad telah berkembang ke beberapa lokasi termasuk Taman Rimba Alam, Presint 15 Putrajaya dan Pangsapuri Kajang Impiana Bandar Baru Bangi. Taska Vonad adalah untuk ibu bapa yang serius dengan penjagaan berkualiti anak-anak di Taska-Taska Vonad yang berdaftar dengan JKM dan PBT.

Pengasas Utama Taska Vonad adalah pasangan Pn. Hjh Salimah Abd Hamid dan Tn. Hj. Omar bin Yusof. Pn. Hjh Salimah telah berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia selama 38 tahun. Beliau  terlibat dengan Institusi-Institusi Kanak-Kanak JKM di bawah Bahagian Kanak-kanak. Beliau juga pernah menjadi penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur selama 2 tahun di mana isu-isu salah laku kanak-kanak sering dibicarakan. Selain memiliki Ijazah beliau juga lulus Kursus-Kursus tentang Pendidikan dan Asuhan Kanak-kanak  Beliau telah menubuhkan sebuah Pusat Latihan Vonad di Hentian Kajang pada awal tahun 2009 bagi menganjurkan Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak (KAAK) dan mulai tahun 2013 Kursus Asuhan PERMATA. Penyertaan terbuka kepada semua pengusaha dan staf taska daripada seluruh negara. Dengan adanya Pusat Latihan ini, semua pengasuh pendidik di Taska-Taska Vonad kini diwajibkan hadir dan lulus. Dengan cara ini juga kualiti penjagaan dan didikan kanak-kanak di Taska-Taska Vonad dapat dijaga dan diteruskan supaya semua pekerja taska Vonad dapat menjalankan aktiviti pembelajaran sesuai dengan teori perkembangan awal kanak-kanak. 

Manakala, Tn. Hj Omar bin Yusof selain mempunyai Ijazah, berpengalaman bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik iaitu sebagai Pengarah IKS, di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Penyertaan Bumiputera Jabatan Perdana Menteri Cawangan Pulau Pinang dan PERDA dan mulai tahun 1994 menjadi Usahawan PUNB selama 10 tahun membuka kilang elektrokik PCBA. Atas pengalaman beliau yang luas, beliau telah dapat membantu mengendalikan pusat latihan Vonad dan seterusnya meluaskan operasi Pusat Latihan selain mengembangkan lagi kawasan operasi projek-projek Taska Vonad dan Tadika Vonad.

Semua Taska Vonad adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua ciri-ciri keselamatan Taska mengikuti aspek ciri ciri keselamatan yang disyorkan oleh Jabatan Bomba.

 

   

 

Loving Little Muslims

gallerycontact