Kami sedar bahawa pengurusan tenaga kerja yang cekap dan berkualiti akan menjamin sesebuah Taska berjaya dalam perkhidmatann yang diberikan. Kami juga sedar bahawa tugas pengasuh di Taska Vonad juga mesti mengikut amalan yang betul yang digariskan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Akta Buruh.
Kami juga berharap Pengasuh-pengasuh di Taska Vonad faham bahawa jawatan mereka adalah satu profesion yang professional sama ada kepada kanak-kanak, keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu kami berharap anak-anak kecil di Taska Vonad juga akan seronok mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Taska Vonad dan ibu bapa sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam pembesaran awal anak mereka. Seterusnya kami berharap bahawa anak-anak kecil tersebut akan bersedia ketika melangkah ke Tadika nanti.